Tuesday, January 29, 2013

sesungguhnya memang aku tidak sempurna...

sesape yang pernah merasa pasti akan tahu bagaimana peritnya menerima hakikat bahawa diri kita tidak seperti orang lain...berbeza sedikit dari orang lain..SUBHANALLAH....besar sungguh kuasa ALLAH SWT kerana mencipta setiap hambaNya yang nampak semuanya seakan sama...tapi ade lainnya...

selepas diberitahu tempoh hari aku terkedu...hanya senyuman yang mampu aku kaburi mata orang lain...tapi hati aku luluh...mula-mula memang aku tak percaya...sehingga sedikit lagi mahu terdetik di hati yang ALLAH SWT tidak menyayangi aku...cepat2 aku beristighfar...aku tahu ALLAH SWT tidak pernah mengabaikan walau seorang pon hambaNya...jadi aku belajar redho...redho dengan apa yang telah aku kecapi sehingga hari ini...merasai nikmat hidup di dunia yang fana ini...

aku ingat di kalangan manusia...aku sahaja yang sedih...pilu...rupanya ibu aku juga begitu...aku tahu...dia juga sedih...aku lihat itu di matanya...mungkin dia juga melihat kesedihan itu di mata aku...tapi ibu mana mahu melihat anaknya bersedih...jadi ibuku juga pura-pura kuat...lalu memanjatkan doa buat aku...tapi apakan daya...aku diciptakan dan dilahirkan sebegitu...aku tak pernah aku minta...

aku pernah dengar cerita bahawa doa seorang ibu tu cepat dimakbulkan...aku mengharap doa aku diiringi doa ibuku akan cepat termakbul..

bukan tidak ada cara mengatasi...tetapi aku sudah jelak merayu...bukan bodoh tetapi sengaja tidak mahu...kerana menganggap matlamat aku tidak perlu...ataukah aku yang berfikir sebegitu...dihatinya aku tidak tahu...sungguh aku tak mampu melakukannya seorang diri...tapi aku bukan duduk di tempat tertinggi di dalam hatinya...apa yang mampu aku buat...hanya terus berdoa...agar segala kesulitan...diberi petunjuk untuk merungkaikan kekalutan ini...

topeng sudah aku pakai...supaya tiada siapa pon tahu apa yang tersirat di hati...muka nampak bengis...luaran..memang nampak aku keras hati...tapi tak tahu kah kau aku meratapi...

bukan nak mengemis simpati...cuma berharap suatu hari kau mengerti...apa maksud kelakuan aku tadi...bukan mengingkari...itu hanya tindakan yang lahir dari hati yang keras tapi di dalamnya lembut bagaikan jelly...

sesunguhnya...teramat penting aku menerima ketidaksempurnaan aku...bukan aku sahaja...tapi kau juga...

maafkan aku...kerana aku tidak sempurna...

p/s: kamu....ya kamu yang membaca entri ini...panjatkan lah doa buat aku...agar aku sentiasa dilimpahi rahmatNya...dan diberikan rezeki walaupun aku tidak sempurna...amin...!!

No comments: